PROGRAM KORBAN DAN AQIQAH



PROGRAM IBADAH KORBAN DAN AQIQAH

Program korban dan Aqiqah diadakan di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Afrika Timur.


Bil

Negara
Peserta

Bahagian

Harga

Matawang

Jualan Seekor

Kos Lembu

1
Malaysia
7
RM 300
RM 1.00
RM   2,100
Dari RM 1,950
2
Singapore
7
300 SD
RM 2.40
RM   5,040
Dari RM 1,950
3
Eropah
7
300 Euro
RM 5.00
RM 10,500
Dari RM 1,950
4
USA
7
300 Usd
RM 3.20
RM 6,720
Dari RM 1,950

* Sila semak nilai tukaran wang asing semasa.

PROGRAM KORBAN DAN AKIKAH

PROGRAM KORBAN
1 EKOR LEMBU 7 BAHAGIAN
DAGING HENDAKLAH DIAGIHKAN SELEPAS DISEMBELIH
UTILITI DAN UPAH PENYEMBELIHAN RM250.00 SEEKOR.


PROGRAM AQIQAH
1 EKOR LEMBU 7 BAHAGIAN
DAGING HENDAKLAH DI MASAK DAN DI AGIHKAN
UTILITI DAN UPAH MASAK DAN PENYEMBELIHAN MENGIKUT
GRED DAN SAIZ LEMBU.
Contoh :-Program ini selalu dibuat di masjid dan juga di asrama anak
                yatim.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Muhamad Nur Azrie B. Mazlan
Managing Director
mobile: +6017 - 221 8797
email: along.ironjunior@yahoo.com
web: www.nymaz.com
___________________________

Mazlan B. Haji Mohd Suki
CEO Chief Executive Officer
mobile: +6012 - 670 9437
email: ironman.iron@yahoo.com
web: www.nymaz.com
___________________________

Ahmad Shahir B. Haji Dimyati
COO Chief Operation Officer
mobile: +6013 - 370 4057
email: caown_jbx1992@yahoo.com
web: www.nymaz.com

___________________________

Muhamad Aqmal Zaki B. Abd Karim
BDE Business Development Executive
mobile: +6013 - 284 2031
email: putera_lipan@yahoo.com
web: www.nymaz.com





PROGRAM KORBAN
PROGRAM AQIQAH
Ibadat Korban
Ibadat korban merupakan satu ibadat yang sangat digalakan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewaangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah.

Firman Allah s.w.t ”Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Muhammad) kebaikan yang banyak. Maka *sembahayanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)” (Al-Kautsar: 1-2)

* sembahayang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahayang sunat hari raya korban.

Hukum Korban
Hukumnya Sunat Muakkad. Adapun bagi mereka yang bernazar hukumnya adalah wajib. Bagi mereka yang berkemampuan adalah makruh meninggalkan amalan ini.

Wajib hukumnya kepada Rasullah s.a.w berdasarkan hadis: ”Diwajibkan keatasku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan amalan sunat bagi kamu”. (Riwayat Imam Tirmizi).

Maksud Korban
Menyembelih binatang ternakan yang terdiri dari unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai *umur pada Hari Raya Korban (Aidil Adha) 10 Zulhijjah selepas sembahayang sehinggalah gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

* umur binatang yang boleh dikorbankan
Unta 5 tahun ke atas – 7 bahagian
Lembu, kerbau 2 tahun ke atas – 7 bahagian
Kambing 2 tahun ke atas – 1 bahagian
Bebiri, kibas 1.5 tahun ke atas – 1 bahagian

Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.

Sunat-Sunat Ketika Menyembelih Binatang Korban
1. Membaca basmilah
2. Selawat ke atas Nabi
3. Menghadap Kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban.

Nota :
 Daging korban yang di niat nazar oleh orang yg bernazar, hendaklah disedekahkan semuanya.

 1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mahzab syafie Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasullah s.a.w

“Wahai Fatimah!, berdirilaha di sisi korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu”. (Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).

 Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.

 Imam Khatib didalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tesebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka menyaksikan penyembelihan itu.


 
Takrif Al-Aqiqah
Al-Aqiqah dari sudut bahasa berasal dari perkataan al-aqqu yang bermaksud potong. Asalnya ia digunakan dengan makna rambut yang berada di atas kepala bayi sewaktu dilahirkan. Dinamakan demikian kerana ia perlu dicukur dan di potong.

Hukum Al-Aqiqah
Al-Aqiqah hukumnya adalah Sunat Muakkad, iaitu ibadat yang sangat-sangat di tuntut kepada wali yang menjaga bayi tersebut.

Dalil Al-Aqiqah
Dalil sunatnya ialah perbuatan Rasullah s.a.w melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat r.a. Dari Salman bin Amir Ad-Dhobbi r.a katanya, “Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda, “Bersama bayi itu ialah aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan iaitu kekotoran dan najis”.(5154).


Waktu Al-‘Aqiqah

Bermula waktu diharuskan menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua tubuh bayi dari dalam rahim ibunya. Kalau ia disembelih sebelum sempurna keluarnya bayi maka ia tidak dapat dianggap aqiqah, ia dianggap daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah.

Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk melakukannya dan lebih baik dia melakukan untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara yang telah tertinggal.

Namun sunat yang dituntut ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh daripada kelahiran bayi. Dalilnya hadis riwayat Abu Daud (1522) dan selainya daripada Samrah r.a katanya, “Rasullah s.a.w bersabda, “Bayi itu di tebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu diberikan nama serta dicukur rambutnya”.

Maksud ditebus oleh aqiqahnya ialah pembesarannya dalam keadaan baik dan penjagaannya akan sempurna bergantung pada sembelihan untuknya. Dinyatakan juga ia bermakna dia tidak boleh memberi syafa’at kepada kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah untuknya.

Hikmah Disyariatkan Aqiqah

 Melambangkan kegembiraan dengan nikmat Alah s.w.t yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak kepada kedua ibubapa. Anak itu amat disukai oleh pasangan ibubapa, maka sepatutnya dibuktikan kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian nikamat.

Firman Allah

“Dan jika kamu bersyukur, nascaya ia meredhai bagimu kesyukuran itu”. (As-Zumar: 7).

“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nascaya Aku akan tambah untuk kamu” (Ibrahim : 7).

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia” (Al-Kahfi: 46).

 Memudahkan pengistiharan berita melahirkan anak dan menyebarkannya kerana berita ini perlu diistihar dan disebarkan agar jangan lahir cerita yang tidak diingini, aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.

 Menyuburkan sifat pemurah dan baik hati dikalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak kepada sifat bakhil.

Firman Allah, ”Sedang sifat bakhil itu memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia” (An-Nisa: 128).

”Dan sesiapa yang menjaga dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr: 9)

 Merapatkan hati keluarga, kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemeseraan, kasih sayang dan persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaran.
 
Binatang Yang Disembelih Untuk Anak Lelaki Dan Anak Perempuan
Sunnah telah menetapkan, wali hendaklah menyembelih seekor kambing bagi aqiqah lelaki dan untuk anak perempuan juga seekor kambing. Dalilnya hadis yang diriwatkan oleh At-Tirmizi (1059) daripada Ali r.a katanya ”Rasullah s.a.w telah mengaqiqahkan Al-Hassan dengan seekor kambing.

Tetapi ianya lebih afdhal jika wali menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor untuk anak perempuan. Dalilnya ialah hadis yang diriwatkan oleh At-Tirmizi (1513) dan selainya dari Aisyah r.h, katanya ”Rasullah s.a.w memerintahkan agar mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing yang sempadan dan mengaqiqahkan anak perempuan dengan seekor kambing”.


Banyaknya Aqiqah Mengikut Bilangan Anak
Adalah tidak memadai untuk mendapat sunat aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi bilangan anak yang lebih dari seorang. Bahkan mengikut sunnah ialah binatang sembelihan mengikut bilangan anak, bagi seorang anak seekor kambing, bagi dua orang anak dua ekor kambing, bagi tiga orang anak tiga ekor kambing dan seterusnya.
Sekiranya seorang itu dikurniakan sepasang anak kembar maka tidak cukup seekor kambing untuk keduanya.
Abu Daud (2841) meriwtkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya ”Sesungguhnya Rasullah s.a.w telah mengaqiqahkan seekor kibas untuk Al-Hassan dan seekor kibas untuk Al-Hussain.

Al-Hakim (23714) dalam Al-Mustadrak meriwatkan Rasullah s.a.w telah mengqiqahkan untuk Al-Hassan dan Al-Hussain setiap seorang disembelih dua ekor kibas yang serupa dan setanding bentuknya.

Syarat Aqiqah
Agar aqiqah yang dilakukan mendapat pahala, disyaratkan semua seperti syarat korban dari sudut jenis, umur dan bebasnya haiwan itu daripada kecacatan yang menyebabkan kurangnya daging. Ini disebabkan aqiqah adalah sembelihan yang disunatkan maka ia sama dengan korban.

At-Tirmizi (1497) meriwatkan dan beliau mensahihkannya begitu juga Abu Darda (2802) dan ini lafaznya Abu Darda daripada Al-Barra’ bin ’Azib r.a daripada Rasullah s.a.w sabdanya ”Empat perkara yang tidak boleh ada dalam korban, cacat yang jelas kecacatannya, sakit yang jelas penyakitnya, tempang yang jelas tempangnya dan tulang patah yang tiada sembuhnya”. Empat kecacatan ini dikiaskan kepada semua kecacatan yang menyerupainya yang menyebabkan ia kurus dan kekurangan daging.
Perbezaan Antara Aqiqah Dan Korban
Terdapat beberapa perbezaan antara aqiqah dengan korban :

1. Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan korban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahayang dan khutbah Hari Raya ’Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.

2. Daging aqiqah boleh di beri milik kepada orang kaya menakala daging korban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

3. Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, menakala korban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.

4. Daging korban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah di masak.

5. Daging aqiqah sunat dimasak dengan manis-manis, dengan doa harapan agar agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang.

6. Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya menakala tulang-tulang haiwan korban tidak sedemikian.

7. Tuntutan melakukan aqiqah hanyalah sekali sahaja sepanjang hayat, menakala tuntutan melakukan korban ialah setiap tahun Hijrah.

Pensyariatan Korban dan Aqiqah

DALIL PENSYARIATAN

  • Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

    Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
  • Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

    Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".
  • Sabda Rasulullah S.A.W.:

    Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

FADHILAT IBADAH QURBAN
Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

  • Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
  • Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

    Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
  • Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

    Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)
  • Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

    Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)
Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".
© Copyright 2008 Nymaz Enterprise