Untitled Document
ABOUT US

NYMAZ ENTERPRISE (001217186-A)
           
Adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan aktiviti-aktiviti membekal Lembu, Kerbau, Kambing untuk Aqiqah, Kenduri, Korban, Sewa Lori, Catering dan Membeli/Membekal Hasil Pertanian. Di samping itu, syarikat juga memasarkan produk lain seperti Electricity Saver, Fuel Saver dan sistem GPS. Kini, NYMAZ ENTERPRISE telah meluaskan perniagaan dengan memasarkan Jus Manggis (Shamelin Mangostyn Juice), Bio Sanitary Pad (Pad Berherba) dan Produk Avon melalui Group Abg Aji.
Syarikat telah mememasarkan daging lembu organik bagi keperluan tempatan melalui Agri Bazaar (Portal Jabatan Pertanian), jualan di hari raya puasa dan korban, jualan melalui www.mudah.my, jualan di pasar-pasar tani seperti di Tangling(masjid negara), JKR, PULAPOL dan Putrajaya. Permintaan dan sambutan bagi jualan daging organik ini adalah sangat baik di kalangan penduduk rakyat Malaysia pelbagai kaum.

NYMAZ ENTERPRISE (001217186-A)
LOT NO. 6661
RIZAB HAIWAN KG. JANDA BAIK,
28750 BENTONG, PAHANG

Bahawasanya syarikat Syarikat Nymaz telah memajak tanah Lot no.5434 kg Cheringin Mukim Bentong,Pahang(No. Hak milik: 1588) mengikut syarat-syarat dan telah dibina kandang fidlot serta didaftarkan dibawah JPH .Pahang(01-0028). Oleh kerana tempoh pajakan daripada 22hb Mei 2004 hingga 21hb Mei 2009 telah tamat dan keluasan tanah tidak dapat menampung makanan ternakan sejumlah 200 ekor Lembu sebulan. Syarikat telah memindahkan hampir kesemua ternakan ke Ladang Integrasi di gugusan Jengka, Pahang. Malaysia Agriculture, Holticulture and Agrotourism Show - MAHA 2008 telah membuka lembaran baru apabila Group Nymaz Agroventures telah memenangi Pertandingan Pejantan Unggul bagi kategori Lembu Kacukan Charolais. JPH Pahang melalui JPH Daerah Bentong telah memberi 10 ekar tanah Rizab Haiwan Kg. Janda Baik, Bentong untuk dijadikan pusat ternakan, Padang ragut , pusat tanaman seperti jagung dan sogun diproses untuk dijadikan silaj bagi tujuan tumbesaran lembu pedaging. Oleh kerana berdekatan dengan rumah Sembelih Bentong , pemilihan tapak dikawasan ini amat bersesuiaan untuk menampung permintaan  bekalan daging lembu  tempatan yang tidak mencukupi dan lebih menjimatkan  semua kos. Syarikat membekalkan daging lembu organik untuk keperluan tempatan terutamanya untuk majlis kenduri dan hari raya. Syarikat juga telah membekal lembu untuk Korban, Kenduri dan Akikah secara online kepada Masjid-Masjid dan Individu di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor setiap tahun dari tahun 1996 hingga sekarang. Syarikat bercadang untuk membesarkan lagi perkhidmatan dan menambah bilangan stok lembu untuk tujuan membekalkan stok lembu kepada penternak-penternak lain. Syarikat juga merancang untuk membina kilang memproses makanan organik untuk ternakan dan juga perusahaan/ kilang memproses kulit untuk pasaran tempatan dan luar negara.


© Copyright 2010 Nymaz Enterprise